Penyair adalah orang yang tidak bahagia,
kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.
Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban,
dengan sedikit kamus.
Penyair adalah raja yang tak bertakhta,
yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.
Penyair adalah burung yang membawa keajaiban.
Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini
untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar.
Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati,
dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.
This entry was posted
on 18 Nov 2009
at 03.23
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.